Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lepas telah membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM421 bilion di Dewan Rakyat yang memberikan penekanan lebih kepada usaha merancakkan ekonomi, penguasaan inovasi selain memastikan pengagihan kekayaan lebih adil dan saksama.
Tapi YB Syed Saddiq tak puas hati pula…
Ahli Parlimen Muar itu telah menyelar salah satu dakwaan kerajaan yang mengatakkan golongan T15 atau ‘Maha Kaya’ telah menggunakan hampir RM8 bilion subsidi petrol daripada kerajaan tanpa perincikan siapakah yang berada dalam kategori pendapatan T15 ini.

Beliau juga menggesa kerajaan menghentikan amalan ‘umum dulu, fikir kemudian’ yang disifatkan mampu mencetuskan ketakutan dan kegelisahan dalam kalangan rakyat.
MADANI: “Kategori T15 masih sedang diperhalusi”
Soalan:
Macam mana kerajaan boleh umum dulu dalam belanjawan yang T15 “mahakaya” guna RM8Billion subsidi Petrol?
T15 “mahakaya” mana yang gunakan RM8bilion ni?
Jangan la umum dulu, fikir kemudian.
People’s lives are at stake.
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) October 20, 2024
Rafizi jawab!
Bagaimanapun, YB Rafizi Ramli merangkap Menteri Ekonomi telah memuat naik satu video di laman sosial peribadinya dan menjawab dakwaan Syed Saddiq ini tidak berasas untuk mempertikai keputusan kerajaan mengumumkan perkara tersebut di dalam Belanjawan 2025.

Belanjawan ialah penyataan hasrat dan rancangan kerajaan untuk tahun itu. Hatta angka-angka yang diumumkan itu adalah satu anggaran dan unjuran. Bukannya kita dah buat spesifikasi bangunan, lantik kontraktor baru dimasukkan dan diumumkan di dalam Belanjawan.
Sepatutnya beliau sedia maklum proses ini sebab beliau pernah menjadi menteri termuda.- Katanya.
Ahli Parlimen Pandan itu juga menambah, kalau kita nak ikutkan pandangan YB Syed Saddiq yang semuanya perlu diperinci dan dimuktamadkan sebelum bentang belanjawan, maka kerajaan mungkin akan mengambil masa bertahun-tahun untuk menyiapkan satu belanjawan.
Gaji RM7,000 sebulan dah tak layak dapat subsidi RON95? Kalau belum dimuktamadkan kenapa umum dahulu? Tak buat homework ke?
YAB Perdana Menteri mengumumkan pelaksanaan penyasaran semula subsidi RON95 tahun depan.
Banyak komen di luar sana dan saya faham ini peluang yang baik… pic.twitter.com/bwTTmXEptY
— Rafizi Ramli (@rafiziramli) October 22, 2024





