Pengurus Akhirnya Bersuara Mengenai Perbualan WhatsApp Mesra Wanna Ali Dengan Fattah Amin | Oh! Media

Pengurus Akhirnya Bersuara Mengenai Perbualan WhatsApp Mesra Wanna Ali Dengan Fattah Amin | Oh! Media

Sebelum ini kami melaporkan yang tular di media sosial menunjukkan satu ‘screenshot’ perbualan WhastApp mesra yang didakwa antara Wanna Ali dan Fattah Amin.

BACATular Perbualan WhatsApp ‘Mesra’ Wanna Ali Dengan Fattah Amin, Akhirnya Tuan Badan Bersuara

Terbaru! Menurut laporan Kosmo, pengurus kepada Wanna Ali yang dikenali sebagai Yaya juga tampil bersuara mengenai perkara itu.

Wanna Ali tiada nombor telefon Fattah

Wanna Ali Fattah Amin

Macam mana Wanna hendak mesej Fattah kalau nombor telefon Fattah pun tiada.

Yaya juga berkata yang pihaknya langsung tidak tahu mengenai dakwaan yang tular itu dan percaya yang khabar angin itu hanya bersifat sementara.

Bagaimana cerita ini boleh ada sedangkan kami sendiri tidak tahu apa-apa mengenainya.

Kami abaikan sahaja perkara ini sebab hanya heboh di Facebook. Ini bermakna khalayak pun tidak ambil pusing.

Sebelum ini Wanna pernah dikecam kerana dianggap tidak sensitif selepas memuat naik foto promosi drama TV menunjukkan foto dia bersama Fattah.

Walau bagaimanapun, Wanna kemudian tampil memaklumkan bahawa promosi drama itu sudah dijadualkan namun tidak menyangka kisah perceraian itu turut berlaku pada hari yang sama.


Scroll to Top