“Berpantang Tanpa Anak Itu Sakit” – Anak Kembar Meninggal Dunia, Wanita Dakwa Doktor Cuai | Oh! Media

“Berpantang Tanpa Anak Itu Sakit” – Anak Kembar Meninggal Dunia, Wanita Dakwa Doktor Cuai | Oh! Media

Tular di media sosial, kisah menyayat hati seorang wanita, Nur Hidayah Junai, yang mendakwa kecuaian pihak hospital menyebabkan dua anak kembarnya tidak dapat diselamatkan.

Kejadian yang berlaku di Hospital Beaufort, Sabah ini telah mendapat perhatian ramai, terutamanya selepas beliau menceritakan pengalaman pahitnya di Facebook.

“Saya hamil 6 bulan dan dalam kategori berisiko”

kembar

Ketika itu, kandungan Nur Hidayah sudah memasuki usia 6 bulan dan beliau tergolong dalam kategori kehamilan berisiko.

Nur Hidayah mendakwa segera ke unit kecemasan Hospital Beaufort selepas perutnya mula mengeras. Malangnya, ketika diperiksa, doktor yang merawat tidak melakukan pemeriksaan bukaan rahim, sebaliknya hanya memberi ubat tahan sakit dan melakukan imbasan biasa.

Dia memberi saya makan ubat tahan sakit dan disuruh sya berehat untuk scan anak dalam kandungan saya dan (Dr lelaki) tersebut menambah air saya. Selesai saja air ditambah (Dr lelaki ) menyuruh saya pulang dalam keadaan perut saya mengeras dan sakit. Saya dengan kebingungan dan gelisah pun pulang. Sekali saja doktor lelaki ini scan dia bilang baby begerak macam biasa dan tiada masalah.

Selepas pulang ke rumah, kesakitan Nur Hidayah semakin teruk sehingga terpaksa bergegas semula ke hospital pada jam 5 pagi.

Dakwa keadaan semakin parah, tapi dibiarkan begitu saja!

meninggal dunia

Namun, sebaik tiba di zon kuning, Nur Hidayah mendakwa dia terus dibiarkan terdampar dari jam 6 pagi hingga jam 8 pagi tanpa sebarang tindakan lanjut.

Dan di sini start jugak saya dilantarkan dan dibiarkan. Saya sudah bagitahu dengan staf dan Dr perampuan yang bernama (Dr Alimah) yaa saya ingat nama ini sebab saya dengar banyak kali staf sebut. Saya dibiarkan dari jam 6 pagi hingga jam 8 pagi! Saya cakap perut saya sakit dorang suruh saya sabar saja! Dorang nampak saya teriak-teriak merana baru dorang suntik saya dengan ubat tahan sakit! Itu pun sudah jam 8.

Dakwanya, dia dibiarkan meskipun merana kesakitan malah jururawat mengatakan sakit itu bukan contraction kerana masih terlalu awal.

Wanita ini kesal kerana tiada seorang pun yang memeriksa bukaan rahim dan hanya menolaknya ke wad bersalin selepas teriak tidak tahan sakit.

Di wad bersalin baru dorang cek bukaan rahim saya. Sekali nurse pun check sudah 8cm dan saya diberi tahu yang anak ini akan dilahirkan tetapi bernyawa hanya beberapa minit saja. Allah saya pun dalam keadaan sakit dan sedih emosi saya tidak menentu dan disuruh beranak. Saya menurut kata-kata doktor tersebut.

Wanita ini akhirnya selamat melahirkan bayi kembar seberat 1kg dan 700 gram lebih namun umur anak-anak itu tidak panjang.

Nur Hidayah sangat kesal dengan layanan pihak hospital, terutama unit kecemasan yang menurutnya gagal memantau keadaannya dengan betul. Akibatnya, anak kembar syurga beliau tidak dapat diselamatkan.

Saya sedang berpantang tanpa anak itu sakit. Yaa saya dan laki redha tapi tidak pada kecuaian unit kecemasan Beaufort yang cuai. Saya tidak boleh terima walaupun anak kembar syurga saya tidak boleh diselamatkan sekurang-kurangnya kamu pantau dengan betul keadaan saya bukannya biarkan saya 2 jam terlantar dari tidak sakit sampai sakit separuh nyawa. Kamu fikir nyawa itu mainan ka.

Jelasnya, doktor pakar ada bertemunya menerangkan apa sebenarnya yang terjadi dan meminta maaf di atas kecuaian unit kecemasan yang menyangka hanya sakit perut biasa.

Baca perkongsian penuh:

#OhmediaNasihat

Korang, bila melibatkan kesihatan, lebih-lebih lagi wanita hamil, setiap tindakan haruslah diambil serius. Kesilapan kecil boleh menyebabkan kehilangan nyawa. Oleh itu, penting bagi kita untuk sentiasa peka dan mendesak pemeriksaan yang lebih teliti jika rasa tidak sedap hati. Jangan biarkan diri korang terabai, nyawa bukanlah mainan.


Scroll to Top