Penyanyi dan pelakon popular, Naim Daniel mencuri perhatian apabila memaklumkan dia ‘mahu’ berhenti menyanyi.
Ia susulan, ramai dalam kalangan peminat dan pengikutnya di platforrm X bertanyakan tentang kemunculan album baharunya memandangkan sudah ‘penat’ menunggu lagu baharu dari penyanyi itu.
“Salam idola @naimdanielx. 2024 nak habis dah ni, bila nak keluar album abaru ye? Penat 3 tahun saya repeat lagu sama dekat spotify.
“Kalau tak ada album baru pun, release Purnama dengan Mainan AJL Version pun jadi lah,” ciap individu berkenaan.

Sedar dengan permintaan peminat yang menggesanya mengeluarkan album baharu, pemilik nama Muhammad Naim Daniel Baharin ini tampil memberikan respons.

Bagaimanapun, terdapat dalam kalangan peminat yang melarang penyanyi itu daripada membuat keputusan untukberhenti menyanyi.

Namun, berdasarkan pemerhatian XTRA di platform TikTok, pemenang juara lagu ke-34 ini seolah-olah sudah memberikan ‘hint’ bakal mengeluarkan lagu baharunya berjudul ‘Lagu Lelaki Gila’.
Sekadar info, album Fobia adalah album terakhir yang dikeluarkan Naim Daniel iaitu pada tahun 2022.




