Titip Ucapan Hari Lahir, Cik B Sifatkan DSV Ibu Tunggal Terpaling Hebat

Titip Ucapan Hari Lahir, Cik B Sifatkan DSV Ibu Tunggal Terpaling Hebat

Sempena hari lahir usahawan selebriti, Datuk Seri Vida (DSV), anaknya yang juga pempengaruh Cik B tampil menitipkan ucapan buat ibu tercinta.

Menerusi hantaran di Instagram, Cik B menyifatkan ibunya itu seorang ibu tunggal yang paling hebat dan kuat.

Bahkan,  percaya akan kebolehan diri dan sentiasa memberikan yang terbaik buat anak-anaknya.

“Mama yang hebat. Seorang ibu tunggal yang paling hebat dan kuat.

“Terima kasih selalu doakan Cik B. Bagi apa yang saya nak, tak pernah cakap tak boleh, selalu percayakan Cik B. Sentiasa nak tengok Cik B  dan kacak bahagia.

“Sentiasa puji Cik B, sentiasa nak yang terbaik untuk Cik B.  I love you mama,” katanya.

Perkara itu dikongsi Cik B menerusi hantaran yang dimuat naik di ruangan Instagram miliknya.

Walaupun sejujurnya dia tidak gemar menyambut ulang tahun ibunya itu dek kerana semakin meningkatnya usia, Cik B bagaimanapun mendoakan agar DSV  sentiasa dikurniakan kesihatan dan umur yang panjang.

“Maaf lambat wish sejujurnva Cik B tak suka hari jadi mama, sebab mama meningkat usia..tetapi tak apa. mama sentiasa muda dan panjang umur,” jelasnya.

 

Scroll to Top