Pelakon Abby Abadi sekali lagi mencuri perhatian apabila masih tidak ‘move on’ dengan kisah perceraian yang berlaku antara pelakon Fattah Amin dan Fazura.
Menerusi perkongsian di ruangan Instagram Stories, Abby dilihat mendoakan agar keajaiban berlaku dalam rumah tangga pasangan selebriti popular itu.
“Terus mendoakan semoga ada keajaiban,” katanya.
Abby atau nama penuhnya, Arbaiyah Abdul Manan, 47, tampil memberikan pandangannya itu ketika menjawab persoalan netizen menerusi aplikasi sesi soal jawab.

Dalam pada itu, Abby juga mengaku bahawa dia masih mengambil tahu mengenai perihal pasangan tersebut sekaligus menitipkan pesanan agar Fattah dan Fazura tidak menyalah takdir.
“Masih sibuk hal orang. Berbaiklah. Kesian Fatima.
“Janganlah menyalahkan takdir kalau sendiri pun tak ada usaha,” ulasnya.

Mengulas lanjut, Abby juga sebak mengenangkan nasib Fatima yang terpaksa tinggal berasingan dengan ibu dan ayahnya.
“Selagi belum habis idah, masih mengharapkan keajaiban. Kesian Fatima hidup bersama Mummy dan Daddynya dengan hidup secara berasingan. Lain… beri kesan pada anak,” ujarnya.


Sekadar info, Abby merupakan artis yang masih tidak berputus asa mendoakan agar Fattah dan Fazura kembali bersama.
Artikel Berkaitan:Tak Berniat Masuk Campur Urusan Rumah Tangga Fattah Amin & Fazura, Abby Abadi Cuma Mendoakan Yang Terbaik
Artikel Berkaitan:“Baru Ni Saya Ada Jumpa Fatima Tapi Keadaannya Tak Sama.. Mungkin Ambil Masa”- Fattah Amin
Artikel Berkaitan:Didakwa ‘Try Hard’ & Tumpang Populariti Isu Cerai Fattah Amin, Fazura… Sherry Ibrahim Bengang



