Wisma Putra jamin beri bantuan kaunselor kepada keluarga ahli farmasi dibunuh di Melbourne

Wisma Putra jamin beri bantuan kaunselor kepada keluarga ahli farmasi dibunuh di Melbourne

alas.yunos@nst.com.my

Kuala Lumpur: Kementerian Luar Negeri (KLN) menjamin bantuan konsular sedang diberikan kepada keluarga Leong Kum Chuan.

Kum Chuan, 29, adalah seorang ahli farmasi yang bekerja di Melbourne, Australia, ketika beliau didakwa dibunuh.

Dalam satu kenyataan ringkas, Wisma Putra menyatakan bahawa mereka menyedari insiden tragis ini dan merayu kepada media untuk menghormati privasi keluarga ketika mereka menghadapi situasi yang mencabar ini.

Terdahulu, rangkaian berita Australia, 7News melaporkan bahawa Leong ditemui oleh seorang rakan sekerja di rumahnya di kawasan Bellfield dekat Ivanhoe, Melbourne, pada kira-kira jam 11.30 pagi, Rabu lalu.

Media berkenaan melaporkan bahawa seorang lelaki gelandangan berusia 54 tahun sudahpun ditahan berkaitan dengan kes ini dan kemudiannya didakwa di mahkamah pada keesokan harinya atas pembunuhan Kum Chuan.

Dilaporkan juga bahawa keluarga Leong terbang ke Melbourne dari Malaysia pada Khamis, tetapi tidak menghadiri perbicaraan mahkamah.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top