Madrid: Penyerang Brazil dan Real Madrid, Vinicius Jr berkata, pada. dia akan terus berjuang menentang perkauman walaupun aktivinya itu mungkin menjadi penyebab dia tidak memenangi Ballon d’Or, menurut sumber rapat dengan pemain yang memberitahu Reuters.
Vinicius menggunakan media sosial selepas menduduki tempat kedua dalam undian anugerah berprestij itu, di belakang pemain tengah Sepanyol dan Manchester City, Rodri.
“Saya akan melakukannya 10 kali jika perlu. Mereka tidak bersedia,” tulis Vinicius di media sosial.
Staf pengurusannya memberitahu Reuters bahawa dia merujuk kepada perjuangannya menentang perkauman dan mereka percaya bahawa itulah sebab dia tidak memenangi anugerah berkenaan, dengan menyatakan bahawa ‘dunia bola sepak tidak bersedia untuk menerima pemain yang melawan sistem’.
Pemain antarabangsa Brazil berusia 24 tahun ini menjadi mangsa penghinaan perkauman pada beberapa kesempatan di Sepanyol, yang membawa kepada sekurang-kurangnya dua sabitan atas penghinaan perkauman dalam kes yang menjadi pelopor di negara itu.
Real juga memenangi anugerah kelab lelaki tahun ini, dan pengurus mereka, Carlo Ancelotti, dinobatkan sebagai pengurus lelaki tahun ini selepas memenangi gelaran Eropah dan liga Sepanyol dalam kempen hampir sempurna musim lalu.
France Football, yang menganjurkan anugerah Ballon d’Or, tidak segera dapat memberikan komen.
Anugerah ini berdasarkan undian oleh panel wartawan dari 100 negara teratas yang disenaraikan oleh FIFA.
© New Straits Times Press (M) Bhd




