Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan pembangkang yang mempertahankan golongan T15 yang ‘maha kaya’ dalam isu pelarasan subsidi bahan api RON95.
“Jangan jadi jaguh T15”- PMX…
Menurut Anwar, fokus subsidi sepatutnya diberikan kepada golongan bawahan, iaitu 85% rakyat yang tidak terjejas dengan perubahan ini. Subsidi ini tidak sepatutnya diterima oleh golongan yang mempunya saham sehingga RM2 juta.
Yang penting diketahui di sini pelarasan subsidi RON95 itu tidak membebankan 85 peratus rakyat, jadi sepatutnya kita janganlah jadi jaguh T15 seperti disuarakan pembangkang.- Katanya di Dewan Rakyat.
Definisi T15 dalam perbincangan…
Menjawab persoalan tentang definisi T15, Anwar menjelaskan bahawa perkara ini masih dalam perbincangan Jemaah Menteri.
Anwar turut memaklumkan, terdapat cadangan untuk menaikkan had pendapatan T15 daripada RM13,000 kepada RM15,000 atau RM20,000 sebulan untuk memastikan pelarasan subsidi lebih adil.
Saya harap YB (Pasir Puteh) kalau ada cadangan bagi cadangan lain, tapi jangan bagi cadangan tak boleh kenakan cukai kepada orang kaya.
Ini saya rasa satu cadangan yang sangat aneh dan bertentangan dengan prinsip yang kita mahu tegakkan iaitu pengagihan kekayaan secara adil.- Katanya.
#OhmediaNasihat
Keadilan dalam ekonomi adalah kunci kesejahteraan negara. Sebagai rakyat, penting untuk memahami bahawa subsidi harus diberikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
Pembahagian yang adil dan saksama akan memberi manfaat kepada semua, bukan sekadar segelintir yang berada di puncak.





