Farid Kamil Masih Sayang Isteri, Diana Danielle Muat Naik Status ‘Hipokrit’

Farid Kamil Masih Sayang Isteri, Diana Danielle Muat Naik Status ‘Hipokrit’

Malam tadi, pelakon Farid Kamil dilihat memuat naik video di Instagram mengatakan dia masih menyayangi isterinya, Diana Danielle.

Menerusi hantaran itu, Farid berkata dia akan berusaha untuk memulihkan pergolakan rumah tangga selepas Diana mengumumkan akan memfailkan cerai.

Bagaimanapun, perkongsian Diana menjadi perhatian apabila memuat naik status di Instagram seolah membalas kenyataan suaminya itu. Difahamkan, Diana menulis ‘hipokrit’, bagaimanapun status itu telah dipadamkan selepas ianya dimuat naik.

Isnin lalu, Diana mengejutkan ramai apabila mengatakan dia mahu bercerai dengan suaminya. Diana berkata kembali rujuk bukan untuk semua orang serta meminta dirinya untuk dilepaskan.

SUMBER: Kosmo


Scroll to Top