Pelakon Farid Kamil menegaskan dia mahu mempertahankan perkahwinan yang dibina bersama aktres Diana Danielle.
Menurit Farid menerusi muat naik video di Instagram miliknya, cinta dan kasih sayang terhadap Diana tidak pernah pudar malah dia bakal berusaha untuk menjernihkan kembali hubungan mereka.
“Alhamdulillah, saya mendengar perkhabaran terbabit dan macam seperti semua orang sedia maklum, saya sayangkan isteri dan anak-anak saya.
“Saya akan berusaha apa saja untuk menjernihkan keadaan kembali. Insya-Allah,” katanya.
Farid turut memohon orang ramai untuk mendoakan masjid yang dibina mereka kembali pulih dan bahagia.
Dalam pada itu, Diana memuat naik hantaran di Instagram Story seakan membalas kenyataan pelakon filem Legenda Budak Setan itu.
Aktres filem Magika itu menulis ‘Hipokrit’ di ruangan terbabit, namun ia telah dipadamkan Diana selepas ia dimuat naik.
Terdahulu, Diana mengejutkan ramai pihak dan memuat naik hantaran di Instagram mengatakan dia nekad mahu bercerai dengan Farid.
Sebelum ini, Diana dan Farid pernah sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Ogos 2023.
Tidak lama kemudian, mereka kembali rujuk selepas sebulan bercerai.
Mereka berkahwin pada 3 November 2012 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.




