Usia Sudah 65 Tahun, Datuk Jamal Abdillah Dedah Masih Digoda Peminat | Oh! Media

Usia Sudah 65 Tahun, Datuk Jamal Abdillah Dedah Masih Digoda Peminat | Oh! Media

Siapa yang tak kenal penyanyi lagenda, Datuk Jamal Abdillah memang tak patutlah. Korang tahu tak yang sekarang, umur Datuk Jamal sudah mencecah usia 65 tahun dan sehingga ke hari ini masih aktif serta digilai peminat tau.

Perkara itu diakui sendiri Datuk Jamal sehingga terpaksa menjauhkan diri dari godaan peminat demi menjaga keharmonian rumah tangga bersama isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin.

Elak godaan, utamakan keluarga…

jamal abdillah

Memang masih ada sahaja yang minat dekat saya, tetapi apabila ada wujud unsur sebegitu, saya akan tunduk dan terus jalan balik rumah.- Kata penyanyi lagu Gadis Melayu itu.

Beliau juga mengakui, pada usia sekarang dan sebagai bapa kepada lima anak, tidak wajar untuk terlibat dalam perkara yang boleh menjejaskan nama baik keluarga.

Pandangan Datuk Jamal Abdillah tentang isu perceraian selebriti…

jamal abdillah

Apabila ditanya mengenai topik ini, Datuk Jamal berpendapat perceraian adalah sebahagian daripada proses kehidupan yang ditempuhi sesetengah orang. Sebagai individu yang pernah melalui kegagalan dalam perkahwinan terdahulu, beliau percaya bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan Allah.

Kita buat apa yang kita perlu buat dan dah rancang, selebihnya biar Allah yang tentukan.- Ujarnya.

Untuk rekod, Jamal dan Zai Izzati mendirikan rumah tangga pada 1 April 2017 dan dikurniakan empat anak iaitu Nur Azura Yamani, 5, El Isaac Yamani, 4, Iskandar Rayyan Yamani, 2, dan Rahil Laura Salsabila Yamani, 1.

#OhmediaNasihat

Godaan dan cabaran adalah perkara biasa dalam kehidupan, lebih-lebih lagi bagi mereka yang dikenali ramai. Mengutamakan keluarga dan bertindak bijak adalah kunci untuk kekal bahagia. Dalam setiap ujian, kembalilah kepada ketentuan Allah dan jagalah keutuhan keluarga.


Scroll to Top