Sejak kebelakangan ini isu kerugian pelaburan Khazanah Nasional Berhad dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) melibatkan sejumlah wang bernilai RM 43.9 juta menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan netizen.
Mana tidaknya, ia merupakan hasil penjualan pegangan minoriti dalam platform e-dagang fesyen, Fashion Valet Sdn Bhd yang dimiliki oleh usahawan terkenal, Datin Vivy Yusof.

Bagaimanapun, sedar dengan spekulasi yang timbul, Vivy menerusi hantaran di ruangan Instagram tampil memberikan respons dan berharap agar orang ramai di luar sana tidak menyebarkan fitnah mengenai isu yang berlaku.
“So much i want to say but i am in due time, Inshaa-Allah.
“Buat masa sekarang, saya hanya biarkan oang kata apa sahaja. Cuma, berhati-hati dengan fitnah yang anda sebarkan tentang orang lain,” katanya.

Dalam pada itu, Vivy juga sempat berkongsi keadaan terkininya apabila dia dilihat berkongsi foto sedang berada di hospital.
“For now, am battling this. Will share soon too,” ulasnya.





