Peguam syarie mewakili pelakon, Diana Danielle iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir memaklumkan anak guamnya sudah sebulan tidak tinggal sebumbung dengan suami, aktor Farid Kamil.
Bagaimanapun, Akberdin menjelaskan Diana tidak memberi maklumat terperinci mengenai perkara tersebut.
“Secara teliti dia tak beritahu saya tetapi dia kata Farid memang dah keluar rumah, sudah tidak lagi sebumbung. Lebih kurang sebulan lalu.
“Selepas ini komunikasi antara dua pihak pun hanya akan melalui peguam masing-masing sahaja,” katanya.
Sebutan pertama bagi permohonan rujuk dan perceraian bagi pasangan selebriti ini akan berlangsung pada 20 November ini.
Sementara itu, peguam turut menjelaskan perkahwinan mereka berlaku shiqaq berpanjangan serta sudah tiada persefahaman antara punca Diana nekad memfailkan perceraian kali kedua.
Pada pagi Isnin, Diana memakai jubah serba hitam hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur bagi pendaftaran rujuk dan pemfailan cerai terhadap suaminya, aktor Farid Kamil bersama peguam syariah mewakilinya, Datuk Akberdin.
Pada 28 Oktober lalu, Diana mengejutkan ramai apabila dia nekad mahu bercerai buat kali kedua terhadap Farid dalam satu hantaran dimuat naik di Instagram.
Namun begitu, Farid memaklumkan konflik hubungan antara mereka berdua hanya disebabkan oleh perselisihan faham kecil, yang dianggap satu kebiasaan buat pasangan suami isteri lain.
Terdahulu, Diana dan Farid pernah sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Ogos 2023.
Tidak lama kemudian, mereka kembali rujuk pada 9 September selepas sebulan bercerai.
Mereka berkahwin pada 3 November 2012 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.
Artikel Berkaitan: Tiada Persefahaman & Berlaku Shiqaq… Sebutan Pertama Bagi Permohonan Rujuk, Perceraian Kedua Diana Danielle, Farid Kamil Pada 20 November Ini
Artikel Berkaitan: Meluru Keluar Pekarangan Mahkamah, Diana Danielle Seakan ‘Dingin’, Diam Membisu Selepas Fail Cerai Terhadap Farid Kamil
Artikel Berkaitan: Farid Kamil Kongsi Foto Warkah Istimewa Untuk Isteri Sempena Anniversary Ke-12, Diana Danielle Pula Muat Naik Video Bakar Surat