Di mana Nur Farahana…

Di mana Nur Farahana…

am@hmetro.com.my

Jerantut: Polis sedang mengesan seorang remaja wanita yang hilang selepas keluar dari rumah di Taman Sri Pedah, dekat sini, sejak 30 Oktober.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Zukri Muhammad berkata, laporan mengenai kehilangan remaja terbabit, Nur Farahana Abdullah, 17 dibuat ahli keluarga pada 31 Oktober lalu,

“Nur Farahana yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Temin, Jerantut mempunyai ketinggian 160 sentimeter, berat badan 50 kilogram, berbadan kurus dan berkulit putih.

“Ketika keluar rumah mangsa berpakaian baju T berbelang putih, seluar slack warna hitam, tudung hitam, berselipar dan beg sekolah,” katanya.

Orang ramai yang mengenali dan mengetahui keberadaan remaja perempuan ini boleh menghubungi IPD Jerantut di 09-2662222.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top