mhafis@mediaprima.com.my
Serdang: Dua lelaki warga emas maut selepas kereta dinaiki mereka melanggar pembahagi tol di Plaza Tol Sungai Besi Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah Seremban, di sini, awal pagi ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian, jam 3.42 pagi ini.
Menurutnya, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembangan dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Kemalangan membabitkan Honda CRV yang mana dua lelaki berusia 65 tahun tersepit di bahagian hadapan kenderaan berkenaan.
“Kerja-kerja mengeluarkan mangsa berjaya dilakukan oleh anggota dan kedua-duanya disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
© New Straits Times Press (M) Bhd




