bisnes@hmetro.com.my
Kota Bharu: Jenama produk kecantikan dan penjagaan badan, PINKANDBELLE terus melangkah jauh mengembangkan perniagaanya dengan pembukaan ibu pejabat kedua di Kota Seribong, Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu sekali gus menyemarakkan lagi sasaran untuk mendapatkan 10,000 ejen pada tahun hadapan.
PINKANDBELLE yang kini memiliki lebih 5,000 ejen seluruh negara termasuk di Singapura dan Brunei, memfokuskan golongan suri rumah untuk menjana pendapatan sendiri.
Pengasas PINKANDBELLE, Sharifah Nori Bahar @ Syed Bashar atau lebih dikenali sebagai Noriey Bahar berkata, pihaknya optimis untuk terus kekal relevan menjadi jenama kecantikan dan penjagaan badan pilihan ramai memandangkan semua produk mendapat kelulusan SIRIM dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Katanya, pencapaian 25 ‘leader’ di bawah PINKANDBELLE yang mampu mencatat jualan jutaan ringgit cukup membuktikan bahawa jenama berkenaan bukan sahaja menawarkan pendapatan lumayan malah diyakini pengguna.
“Setakat ini PINKANDBELLE mengeluarkan enam item iaitu, Quin Booster Whitening Cream , Advance Whitening Serum, Whitening Treatment Lotion, Whitening Treatment Soap, Whitening Body Scrub dan White UV Emulsion Tone Up Sunscreen.
“Keputusan membabitkan diri dalam pengusahaan produk pemutihan badan bukanlah sesuatu yang mudah kerana saya perlu berhadapan dengan stigma masyarakat bahawa produk sebegini mempunyai bahan kimia yang mendatangkan kemudaratan.
“Bagaimanapun, Alhamdulillah kesemua produk PINKANDBELLE dijamin selamat dengan bahan-bahan yang terbaik selain turut mendapat pengiktirafan melalui anugerah Superbrand The Best Whitening Bodycare Award pada tahun ini,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.
Noriey berkata produknya itu dijual pada harga berpatutan iaitu serendah RM19.90 sehingga RM69 serta mensasarkan pelanggan daripada pelbagai peringkat umur.
Tambahnya, PINKANDBELLE terus mengorak langkah dengan memperkenalkan produk terbaharu iaitu Advance Whitening Serum yang menggunakan bahan utama Alpha Arbutin dan Minyak Squalane Tulen yang membantu mencerahkan kulit dengan cepat, mengurangkan garis-garis halus, kulit lebih licin dan bebas kedutan.
“Besar harapan saya agar serum ini dapat memberikan kepuasan kepada pengguna dalam mencapai kulit yang diidamkan, seterusnya meningkatkan keyakinan diri mereka.
“Saya akan memastikan nama PINKANDBELLE terus menjadi sebutan sebagai jaminan kepada semua ‘leader’ dan ejen yang sentiasa bersama-sama dalam mengembangkan perniagaan ini.
“Pengguna juga semakin ramai sehingga kami tidak menang tangan menyediakan stok bagi memenuhi permintaan pelanggan,” katanya.
Menurutnya, PINKANDBELLE kini sudah menembusi pasaran antarabangsa ke Brunei serta Singapura dan sekarang dalam usaha menembusi pasaran Indonesia susulan wujud permintaan daripada pelanggan negara berkenaan.
© New Straits Times Press (M) Bhd




