Isu Cerai Diana Danielle, Puteri Sarah Mahu Beri Ruang – “Kalau Dia Rasa Mahu Hubungi Saya Dan Bercerita, Dia Akan Call”

Isu Cerai Diana Danielle, Puteri Sarah Mahu Beri Ruang – “Kalau Dia Rasa Mahu Hubungi Saya Dan Bercerita, Dia Akan Call”

“Saya tak tahu dan saya sendiri pun terkejut”.

Demikian respons yang diberikan pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, ketika ditanya mengenai status rakannya yang juga pelakon Diana Danielle berhubung kes perceraiannya bersama pengarah dan juga aktor, Farid Kamil.

Kata Sarah, menerusi temu bual bersama sebuah portal hiburan, sebagai rakan dia tekejut dengan berita yang tular, sekaligus tidak mahu mengganggu rakannya itu mengenai isu kontrovesi yang berlaku.

“Saya memang tak tahu apa-apa… kita datang sini, buat latihan dan persembahan sahaja. Saya sendiri pun terkejut,” ulasnya.

Mengulas lanjut, ibu anak dua itu menjelaskan bahawa dia masih tidak menghubungi rakannya itu dek kerana mahu memberikan ruang kepada Diana.

“Buat masa sekarang saya tak nak kacau dia. Kalau dia rasa dia sendiri yang mahu hubungi saya dan bercerita, dia akan hubungi saya.

“Saya hanya mahu memberi ruang kepadanya,” katanya ringkas.

Terdahulu, pada 28 Oktober lalu, teraju utama filem Imaginur itu mengejutkan ramai apabila dia nekad mahu bercerai buat kali kedua terhadap Farid dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Bagaimanapun, Farid memaklumkan konflik hubungan antara mereka berdua berlaku hanya disebabkan perselisihan faham yang dianggap satu kebiasaan buat pasangan suami isteri lain.

Untuk makluman, Diana dan Farid pernah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Ogos 2023.

Namun, selepas sebulan bercerai, pasangan itu kembali rujuk pada 9 September 2023.

ARTIKEL BERKAITAN:“Farid Kamil, Diana Danielle Sudah Sebulan Tidak Tinggal Sebumbung” – Peguam

ARTIKEL BERKAITAN:Meluru Keluar Pekarangan Mahkamah, Diana Danielle Seakan ‘Dingin’, Diam Membisu Selepas Fail Cerai Terhadap Farid Kamil

ARTIKEL BERKAITAN:Farid Kamil Kongsi Foto Warkah Istimewa Untuk Isteri Sempena Anniversary Ke-12, Diana Danielle Pula Muat Naik Video Bakar Surat

ARTIKEL BERKAITAN:Tiada Persefahaman & Berlaku Shiqaq… Sebutan Pertama Bagi Permohonan Rujuk, Perceraian Kedua Diana Danielle, Farid Kamil Pada 20 November Ini

 

Sumber: TikTok Gempak

Scroll to Top