2 Lelaki Warga Emas Maut Langgar Pembahagi Lorong Plaza Tol Sungai Besi | Oh! Media

2 Lelaki Warga Emas Maut Langgar Pembahagi Lorong Plaza Tol Sungai Besi | Oh! Media

Dilaporkan 2 lelaki warga emas maut selepas kenderaan yang dipandu salah seorang dari mereka melanggar pembahagi lorong di Plaza Tol Sungai Besi awal pagi tadi.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba Selangor, 7 anggota dan pegawai  bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Kembangan dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 3.42 pagi. 

Mangsa Tersepit Di Bahagian Hadapan

Akibat kemalangan itu, dua mangsa tersepit di bahagian hadapan kenderaan tersebut. Kerja-kerja mengeluarkan mangsa telah berjaya dilakukan oleh anggota bomba” – Ahmad Mukhlis Mukhtar –

Kedua-dua mangsa yang menaiki Honda CRV disahkan meninggal dunia oleh KKM.


Scroll to Top