Isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri sekali lagi mencuri perhatian apabila meraih keputusan cemerlang dalam ujian International English Language Testing System (IELTS).
Fazeera yang merupakan seorang pensyarah dalam bidang TESL di universiti swasta memperoleh keputusan band 7. Hebat betul!
Fazeera dipuji beauty with brain! Band 7 ujian IELTS
Untuk ujian pendengaran dan percakapan, Fazeera cemerlang dengan markah 7.5, manakala ujian membaca menyusul dengan 6.5.
Bagi ujian penulisan pula, Faz memperoleh markah 6.0. Dengan markah keseluruhan band 7, pencapaian ini sememangnya luar biasa bagi seseorang yang menjalani kehidupan sebagai ibu dan pensyarah.
Meninjau ruangan komen, ramai netizen turut berkongsi rasa gembira dan bangga. Mereka memuji kepintaran Fazeera kerana ujian IELTS diketahui bukan mudah.
So pretty look like doll, clever and pretty.
#OhmediaNasihat
Kejayaan isteri Fizo Omar dalam ujian IELTS ini wajar dijadikan sebagai contoh kepada orang ramai. Biarpun bergelar seorang isteri dan ibu kepada dua orang anak, Fazeera berjaya membuktikan dirinya mampu mengejar cita-citanya.





