15 pencipta kandungan popular 'live' serentak sempena TikTok Shop 11.11 Mega Live Showdown

15 pencipta kandungan popular 'live' serentak sempena TikTok Shop 11.11 Mega Live Showdown

Kuala Lumpur: Bagi peminat membeli belah dalam talian, TikTok Shop akan menganjurkan acara 11.11 Mega LIVE Showdown pada 10 November 2024.

Acara siaran langsung mega ini akan berlangsung dari jam 7 hingga 11 malam di akaun rasmi @tiktokshop_my yang memberikan peluang kepada pengguna menikmati pelbagai promosi eksklusif, baucar diskaun dan hadiah menarik.

Menariknya, seramai 15 pencipta kandungan popular akan bersiaran langsung serentak bagi menarik lebih ramai penonton dan membawakan pengalaman membeli-belah secara interaktif.

Setiap pencipta kandungan ini mempunyai misi khas untuk meraih jumlah tontonan siaran langsung dan pesanan yang diterima. Lebih tinggi jumlah terkumpul, lebih banyak baucar akan diberikan.

TikTok Shop turut menawarkan hadiah berupa kereta, motosikal, telefon pintar dan koin emas selepas semua pencipta kandungan mencapai jumlah tontonan siaran langsung.

Antara nama besar yang akan turut serta dalam acara siaran langsung ini ialah Khairulaming, Sallywhoo, NL Alchemist, Tulip Petals, Lihyingg0330, Anaszahrin, Neelofa, Pinn Yang dan ramai lagi.

Sempena acara siaran langsung ini, pengguna TikTok Shop dapat menikmati pelbagai promosi menarik termasuk Tawaran Harian pada waktu tertentu setiap hari bagi menjadikan sesi membeli-belah lebih menjimatkan.

Tawaran Harian bukan sahaja menjimatkan, malah memberikan peluang kepada pelanggan untuk menerima hadiah percuma untuk barangan tertentu daripada jenama seperti Vivo, Goodnite, Laneige, Ogawa, Lancome, Offspring dan banyak lagi.

TikTok Shop menawarkan baucar penghantaran percuma tanpa had yang boleh digunakan serentak dalam satu pembelian bersama baucar diskaun platform dan penjual.

TikTok Shop turut memberikan baucar LIVE eksklusif potongan sehingga 90 peratus ketika 11.11 Mega LIVE Showdown.

Selain itu, pengguna juga dapat menikmati Harga Hangat setiap hari dengan harga terendah sepanjang kempen.

Antara yang menarik, Sony WH-1000XM5 Wireless Headphones berharga RM1,101 (harga biasa RM1,159), Farm Fresh Grow Powder 1-3 Years Old 800g Bundle Pack X2 berharga RM74 (harga biasa RM77.38), Skintific 4Pcs Skincare Set berharga RM79 (harga biasa RM83), TTRacing Duo V3 Gaming Chairt berharga RM365 (harga biasa RM384), Case Valker 3 in 1 Luggage Bag berharga RM199 (harga biasa RM209) dan diskaun sebanyak 10 peratus untuk GBGOLD GOLD BAR ASSORTED.

Bagi memberi lebih keseronokan sempena 11.11 Mega LIVE Showdown, TikTok Shop menawarkan rebat RM10 dengan perbelanjaan minimum RM30 dari 7 hingga 11 November 2024 sekiranya anda membuat pembayaran menggunakan Maybank2u atau kad MAE.

TikTok Shop turut mempromosikan produk tempatan melalui segmen khas #JOMLOKAL HOURS sempena 11.11 Mega LIVE Showdown yang akan berlangsung sepanjang siaran langsung pada malam 10 November ini.

Beberapa jenama tempatan seperti Empat Beranak Home Perfume, Shiffa Curry Powder: Penang Curry Masala, dan Dapur Pak Amir akan ditampilkan bagi memperkenalkan produk berkualiti keluaran Malaysia kepada penonton.

Setiap jenama ini juga akan berkongsi kisah perniagaan tersendiri sebelum dan selepas mengecapi kejayaan seperti mendepani krisis kewangan yang pastinya akan memberikan inspirasi buat penonton.

Sepanjang 11.11 Mega LIVE Showdown berlangsung, penonton juga akan dihiburkan oleh 11 selebriti tempatan yang akan membuat persembahan seperti Ziana Zain, Aina Abudul, Aishah Retno, Marshah, Azlan Typewriter, Nadeera Zaini, Naim & Muah Band, Ismail Izzani, Yonni Boy, Sofea Liyana dan Amir Masdi.

Orang ramai dijemput untuk menyertai 11.11 Mega LIVE Showdown pada 10 November ini di @tiktokshop_my bagi merasai pengalaman membeli-belah dalam talian yang penuh dengan tawaran hebat dan promosi menarik.

Jangan lepaskan peluang untuk merebut baucar penghantaran percuma tanpa had, diskaun platform dan penjual, harga terbaik untuk barangan terpilih, hadiah percuma untuk produk tertentu dan rebat RM10 untuk pelanggan Maybank sempena TikTok Shop 11.11 Mega Live Showdown.

Muat turun aplikasi TikTok untuk menikmati tawaran hebat hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top