Tular di TikTok luahan seorang wanita mengenai sikap segelintir tetamu di majlis perkahwinan Melayu. Jemputan lain terpaksa makan bersila di lantai gara-gara tetamu yang sudah selesai duduk di meja untuk bersembang.
Dalam perkongsian video itu, dapat dilihat suasana sesak dengan tetamu yang mahu meraikan majlis. Sayang sekali, ada beberapa orang yang tiada common sense dan mementingkan diri sendiri.
Tetamu dah habis makan sambung bersembang
Sejenis dah habis makan, tak reti-reti nak bangun. Tak hormat tetamu lain yang datang nak duduk makan. Tak fahamlah orang macam ni.
Di ruangan komen, netizen bersangka baik mengatakan mungkin tetamu tersebut adalah saudara jauh pengantin.
Iyalah, bila berjumpa mesti banyak perkara yang mahu dibualkan. Tetapi, ianya dinafikan perakam menyatakan tetamu yang duduk bersembang adalah jemputan tuan rumah bukan saudara mara.

Dalam ruangan komen, ramai netizen yang turut berkongsi pengalaman sama, menggambarkan situasi yang sering berlaku dalam majlis perkahwinan besar.
Ramai yang setuju bahawa sikap bertimbang rasa dan kesedaran perlu ada, supaya majlis berjalan lancar tanpa ada tetamu yang merasa tidak selesa.
#OhmediaNasihat
Bila kita berada di majlis perkahwinan, eloklah bertimbang rasa. Lepas selesai makan, bagi ruang kepada tetamu lain. Tunjukkan hormat kita dengan cara kecil ini pasti majlis jadi lebih meriah dan harmoni!
