Kemenangan Trump: Rakyat Iran bimbang, kecewa

Kemenangan Trump: Rakyat Iran bimbang, kecewa

Trump menang selepas menewaskan calon dari parti Demokratik, Kamala Harris. (FOTO: Reuters)

– Advertisement –

TEHRAN: Kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) semalam telah mendapat reaksi pelbagai dalam kalangan rakyat Iran.

– Advertisement –

Sesetengahnya bimbang risiko perang dan kesukaran ekonomi akan meningkat, selain ada yang berharap pendirian tegas Trump mungkin membawa perubahan politik di Iran.

Pesara guru, Hamidreza, 66, bimbang tekanan ekonomi akan berlaku dengan kembalinya Trump ke Rumah Putih jika beliau meneruskan dasar keras yang sama seperti penggal pertamanya dalam tempoh 2017-2021.

“Saya kecewa Trump menang. Ini bermakna lebih banyak tekanan ekonomi, risiko perang dengan Israel. Saya amat risau,” katanya yang kini menetap di utara bandar Rasht.

Sementara kakitangan kerajaan Nader, 34, berkata, dia tidak kisah siapa pun Presiden AS, namun tetap menyatakan kerisauannya terhadap kesan ke atas ekonomi Republik Islam itu.

“Kebimbangan utama saya ialah ekonomi Iran. Jika mereka menarik balik sekatan ke atas Iran, itu adalah perkara yang baik,” kata bapa kepada dua anak di selatan bandar Ahvaz.

Kebiasaannya, pemimpin politik di Iran akan memperkecilkan kepentingan keputusan pilihan raya AS terhadap dasar luar negara itu.

Bagaimanapun, Trump dilihat mempunyai potensi untuk memberi kuasa kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk menyerang tapak nuklear Iran.

Juga melakukan pembunuhan dan mengenakan semula dasar ‘tekanan maksimum’ beliau melalui sekatan yang lebih tinggi ke atas industri minyak telah mendatangkan kerisauan Iran.

Sesetengah penduduk, seperti Zohre, Hamidreza dan Nader, Parastou enggan dikenali sepenuhnya kerana sensitiviti isu tersebut.

Mereka turut mengesyaki Trump akan mengambil langkah lebih berhati-hati tentang kemungkinan berlakunya perang.

“Trump adalah seorang ahli perniagaan. Dia tahu Iran berkuasa dan boleh mengubah Timur Tengah menjadi ‘neraka’ jika diserang.

“Dia mahu menamatkan peperangan di rantau ini, bukan menyemarakkannya,” kata Reza Mohammadi, anggota sukarelawan Iran di pusat bandar Isfahan. – Agensi / HARAKAHDAILY 7/11/2024

– Advertisement –

Scroll to Top