Sambut Ulang Tahun Jemyma Yang Ke-10, Fasha Sandha Mengaku Wajib Ambil Cuti Celebrate Hari Lahir Anak

Sambut Ulang Tahun Jemyma Yang Ke-10, Fasha Sandha Mengaku Wajib Ambil Cuti Celebrate Hari Lahir Anak

Pelakon popular, Fasha Sandha bersyukur apabila sambutan hari lahir anak perempuannya, Putri Raysha Jemyma berjalan dengan lancar dan disambut meriah.

Kata Fasha, anak perempuannya itu tidak minta untuk mengadakan sambutan hari lahir secara besar-besaran pada kali ini.

Namun, sebagai ibu bapa dia bertanggungjawab untuk meraikan hari lahir anaknya mengikut kemampuan dan masa yang ada.

“Alhamdulillah, hari ini dia dah dua digit sebelum ni 9 tahun sekarang dah 10 tahun. Dan kita sangat gembira tengok dia happy.

“Dia tak minta pun big celebration, tapi kita ikut apa yang termampu selain peluang dan masa yang ada.

“So, alhamdulillah hari ini kita dapat menyatukan mereka, sepupu mereka, bestfriends, termasuklah jiran-jiran. Walaupun hari sekolah, last minute tapi alhamdulillah,” katanya.

 

Fasha bekongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis sambutan hari lahir Jemyma yang ke-10 yang diadakan di Popkidspool KL Event Space, Kuala Lumpur pada Khamis.

 

Walaupun sibuk dengan penggambaran, pemilik nama Nur Fasha Sandha Hassan, 40, mengaku, bahawa setiap tahun dia dan suami yang juga aktor, Aidil Aziz akan meluangkan masa termasuklah mengambil cuti semata-mata untuk menyambut hari lahir anak-anaknya.

“Kita bersyukur sebab setiap tahun kita mesti akan ada cuti untuk birthday, tiada kompromi.

“Memang tak ada kata nak kerja masa birthday anak. Dah tetapkan dalam schedule. Tetap kena cuti. Tak kira weekend ke, weekdays ke.

“Tapi kalau banyak masa terluang kita akan buat on weekends dan kalau masa tak berapa ada, kita akan buat on weekdays macam hari ini.

“So, alhamdulillah walaupun last minute semuanya berjalan dengan lancar,” jelasnya.

Ditanya mengenai tema sambutan hari lahir Jemyma pada kali ini, aktres itu memaklumkan, dia dan suami hanya memberikan pilihan, namun anak perempuannya itu memilih untuk menyambut hari lahir bersama keluarga dan rakan-rakan terdekatnya dalam suasana yang santai.

“Kita sebagai parents cuma beri pilihan. Dia sendiri yang nak santai-santai macam ni, mandi semua… Apapun yang penting semua happ. Alhamdulillah,” ujarnya.

Selain Fasha dan Aidil, rakan selebriti yang hadir pada sambutan ulang tahun ini adalah, Anne Abdullah, Along Kamaludin, Siti Saerah, Datin Erni Dekritawati Yuliana dan ramai lagi.

Sekadar info, Fasha dan Jejai pernah berkahwin pada 27 April 2012 dan hasil perkahwinan pasangan ini dikurniakan dengan sepasang cahaya mata iaitu, Putra Rayfal Ramli Rizal Ashram, 11 dan Putri Rasyha Jemyma, 9.

Bagaimanapun, pasangan ini sah bercerai pada 20 Januari 2016.

Fasha kemudiannya mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama pelakon, Aidil Aziz pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha Amaira.

Scroll to Top