Suami Kerja ‘Offshore’, Isteri Kantoi Bawa Balik Lelaki Jam 3 Pagi | Oh! Media

Suami Kerja ‘Offshore’, Isteri Kantoi Bawa Balik Lelaki Jam 3 Pagi | Oh! Media

Tular di media sosial rakaman video memaparkan seorang lelaki dicekup berdua-duaan dengan seorang wanita yang merupakan isteri orang.

Kejadian dilaporkan berlaku di rumah wanita berkenaan terletak di Desa Dlimas, Kecamatan Tegalrejo, Kabupaten Magelang, Yogyakarta.

Isteri kantoi bawa lelaki masuk rumah ketika suami berlayar

isteri

Difahamkan, ketika kejadian suami wanita terbabit tiada di rumah kerana bekerja di laut (berlayar).

Mereka ditangkap penduduk kira-kira jam 3 pagi di dalam sebuah bilik dalam keadaan mencurigakan.

Terkenal kerana alim

Kredit foto: sigijateng.id

Tangkapan khalwat mengejutkan para penduduk kerana lelaki terbabit disanjung tinggi di tempat mereka kerana mempunyai latar belakang kuat agama.

Selepas ditangkap, satu sesi mediasi dibuat untuk mencari jalan penyelesaian. Kedua-dua pihak bersetuju untuk menandatangani surat pernyataan dan menyelesaikan perkara ini secara baik.

#OhmediaNasihat

Apabila sudah berumahtangga, wajib untuk setiap pasangan menjaga maruah masing-masing. Janganlah pula mengkhianati kepercayaan suami yang penat lelah bekerja demi mencari rezeki.


Scroll to Top