Sepanyol panggil 'ubi muda' mantapkan pasukan

Sepanyol panggil 'ubi muda' mantapkan pasukan

Madrid – Sepanyol memanggil Samu Omorodio untuk perlawanan Liga Negara-Negara menentang Denmark dan Switzerland selepas permulaan cemerlang penyerang berusia 20 tahun itu bersama kelab Portugal, Porto, sementara Marc Casado dari Barcelona juga turut berada dalam senarai.

Omorodion, yang pernah beraksi bersama Sepanyol di Olimpik menerima panggilan pertama untuk skuad senior.

Pemain itu menyertai Porto pada musim panas lalu dan sejak itu menjaringkan 11 gol dalam sejumlah perlawanan di liga Portugal dan Liga Europa.

Casado pula, menjadi pemain penting di bahagian tengah Barcelona, dengan pemain berusia 21 tahun yang berasal dari akademi La Masia itu tampil cemerlang walaupun skuad Hansi Flick dilanda kecederaan.

Namun, rakan sepasukannya di Barcelona, Pau Cubarsi, tidak tersenarai selepas pemain berusia 17 tahun itu mengalami kecederaan pada bahagian wajah ketika perlawanan Liga Juara-Juara menentang Red Star Belgrade.

Sebagai ganti, Aitor Paredes, pemain tengah pertahanan dari Athletic Bilbao, telah dipilih.

Juara bertahan Sepanyol kini memiliki 10 mata dan layak ke suku akhir namun masih belum mengesahkan tempat pertama dalam kumpulan. Mereka mendahului Denmark yang berada di tempat kedua menerusi kelebihan tiga mata.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top