Seorang netizen mengundang rasa kurang senang pelakon popular, Sharnaaz Ahmad gara-gara mengungkit isu bayaran nafkah terhadap bekas isterinya, Noor Nabila.
Netizen tersebut bertanya sama ada benar dakwaan mengatakan Sharnaaz hanya memberi nafkah RM500 membuatkan Nabila menuntut cerai.
Betul ke dulu ada isu nafkah?

Sharnaaz, atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, membalas komen tersebut menyatakan syukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah SWT kepadanya sekarang.
Malah, dia menekankan bahawa nafkah yang diberikan kepada anaknya kini jauh lebih mencukupi.
“Nafkah aku bagi pada anak aku lagi banyak dari gaji makcik” – Sharnaaz

Sharnaaz turut memuat naik komen yang dibuat netizen berkenaan di Instagram Story. Pelakon ini dengan nada sinis menasihati wanita tersebut supaya menguruskan anak-anaknya dengan baik agar tidak mencontohi sikap negatif.

Bila akak ‘gomen’ guna Wifi Starbucks berbicara. Jaga anak tu elok-elok, jangan ikut perangai awak sudahlah.
Untuk rekod, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga dengan Noor Nabila, kakak kepada selebriti terkenal Neelofa, pada Mac 2017. Namun, perkahwinan mereka tidak bertahan lama dan mereka akhirnya membawa haluan masing-masing.
#OhmediaNasihat
Kisah Sharnaaz ini memberikan kita pelajaran bahawa sebagai individu yang dikenali ramai, komen serta persepsi netizen bukanlah mudah dihadapi. Kadang-kala, orang luar lebih gemar mencampuri urusan peribadi dan membuat andaian yang mungkin tidak tepat.





