Mahu Anak, Janna Nick Minta Nabila Razali Pijak Ibu Jari Kaki

Mahu Anak, Janna Nick Minta Nabila Razali Pijak Ibu Jari Kaki

Sebelum ini, pelakon Janna Nick meluahkan rasa kecewa dan terkesan dengan satu komen netizen yang menuduh suaminya, Dini Azad Schatzman terlebih hormon wanita.

Menerusi video dimuat naik di Instagram, Janna tidak dapat mengawal emosi dan mengangis serta meminta orang ramai berhenti bertanyakan mengenai soal anak.

Sementara itu, Janna turut berkongsikan dia menjalani rawatan persenyawaan in vitro (IVF) namun gagal serta mengubah cara hidup dan pemakanan demi mendapatkan cahaya mata.

Malah, Janna berkata dia turut mengikut petua yang diberikan dengan meminta orang mengandung memijak ibu jari kerana mahukan cahaya mata.

“Disebabkan itu saya ubah cara hidup saya, cara kerja saya, cara pemakanan saya. Saya ambil macam-macam ubat, ambil pil hormon sampai badan saya jadi gemuk muka saya naik jerawat. Saya tak pernah ada jerawat sebelum ini.

“Apa sahaja yang saya tak buat? Orang cakap minta ibu mengandung pijak ibu kaki. Saya minta Nabila Razali (penyanyi) pijak ibu kaki saya. Saya terlampau terdesak mahukan anak,” katanya.


Scroll to Top