Tular di TikTok rakaman video memaparkan aksi tidak bertanggungjawab seorang lelaki merokok di depan anak kecil.
Ketika itu, anaknya sedang nyenyak tidur di dalam bilik dan lelaki tersebut duduk di hujung katil merokok sambil bermain telefon.
Sengaja merokok depan anak sedang tidur
Video dipercayai dirakam si ibu yang tidak mampu menghalang perlakuan tidak ‘berakal’ si bapa. Difahamkan, si bapa akan mengeluarkan kata-kata kesat dan merosakkan barang jika ditegur.
Sengaja merokok di bilik padahal tahu ada anaknya tidur. Tolong pelihara kesuhatan anakku ya Tuhan. Kalau ditegur semua kata kasar diucapkan bahkan merosak barang-barang.
Di ruangan komen, netizen berang melihat si bapa yang langsung tidak memikirkan kesihatan anak sendiri.
Kak biaya penceraian lebih murah berbanding berubat.
Jika sayangkan anak, netizen meminta si ibu membawa anaknya keluar daripada bilik terbabit.
#OhmediaNasihat
Menjadi seorang bapa bukanlah mudah, ianya datang dengan tanggungjawab besar. Janganlah mementingkan diri sendiri sehingga mengabaikan kesihatan anak. Ingatlah! Mencegah lebih baik daripada mengubati.





