Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah meraih perhatian selepas videonya bersama penyanyi, Daniesh Suffian tular di TikTok.
Menerusi perkongsian video berdurasi 24 saat itu, Bella dan Daniesh kelihatan turun tangga bersama-sama sebelum aktres itu bertindak memegang lengan pelantun Jaga Dia itu ketika menghadiri acara Rafflesia Celebrity Birthday Lunch untuk pereka fesyen terkenal, Datuk Jimmy Choo.
Hadir mengenakan gaun berwarna merah manakala Daniesh mengenakan sut berona biru putih, kedua-dua penyanyi ini kelihatan sepadan dan tampak mesra apabila bersama.
Bahkan, ketika Bella membuat persembahan pada acara berkenaan, Daniesh sempat membuat hantaran di Instagram Story miliknya dan memaklumkan dia menyukai penyanyi itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyokong dan merestui hubungan kedua-duanya.



