Filem ‘Ipar Adalah Maut’ Trending Di Netflix, Netizen Malaysia Dan Indonesia Berbalah Disebabkan Ini… | Oh! Media

Filem ‘Ipar Adalah Maut’ Trending Di Netflix, Netizen Malaysia Dan Indonesia Berbalah Disebabkan Ini… | Oh! Media

Filem Indonesia bertajuk Ipar Adalah Maut sekarang ini menjadi trending selepas ditayangkan di aplikasi Netflix.

Berkisarkan mengenai hubungan kompleks dalam sebuah keluarga, filem ini turut memasukkan elemen kontroversi yang menyakitkan hati.

“Eh tolonglah” – Netizen mohon berhenti agungkan filem Ipar Adalah Maut

Terbaru, seorang individu di aplikasi X menyeru orang ramai tidak terlalu mengagungkan karya yang kononnya islamik tetapi mengandungi unsur-unsur lucah.

Individu ini tidak bersetuju apabila karya yang mempunyai babak-babak intim diangkat sedemikian rupa.

Kata individu ini lagi, Indonesia sememangnya terkenal dengan kehebatan sinematografi dan keterbukaan dalam berkarya.

Namun, penonton haruslah bijak memilih filem yang sesuai ditonton.

Netizen Indonesia tidak setuju, filem dari kisah benar

Pendapat individu ini bagaimanapun tidak diterima baik netizen Indonesia. Mereka menganggap komen netizen Malaysia keterlaluan dan tidak adil.

ipar adalah maut
ipar adalah maut

Bagi mereka, babak-babak intim yang dipaparkan hanyalah elemen kecil dalam keseluruhan filem, yang boleh diabaikan jika penonton lebih fokus kepada mesej utama.

Netizen Indonesia juga menyarankan penonton Malaysia untuk mengambil iktibar daripada filem tersebut, memandangkan ia berdasarkan kisah benar yang penuh pengajaran.

#OhmediaNasihat

Kadangkala, kita cenderung menilai sesuatu karya seni hanya berdasarkan satu aspek kecil tanpa memahami keseluruhan mesej yang ingin disampaikan. Penting untuk kita sebagai penonton lebih bijak memilih apa yang ingin diambil sebagai pengajaran. Jangan terlalu cepat menghukum, tetapi cubalah fahami intipati sebenar cerita tersebut.


Scroll to Top