Menghitung Detik 10 Hari Perkahwinan, Ramai Tak Sabar Tunggu Momen Bahagia Nina Ismail Sabri

Menghitung Detik 10 Hari Perkahwinan, Ramai Tak Sabar Tunggu Momen Bahagia Nina Ismail Sabri

Usahawan Nina Ismail Sabri seakan memberi ‘hint’ bahawa tarikh perkahwinannya bersama bakal suami, Hafiz Osman akan berlangsung tidak lama lagi.

Menerusi hantaran di Instagram, Nina berkongsi foto bersama Hafiz dengan memakai baju berona sama iaitu nude brown beserta kapsyen mengira detik hari bahagia mereka.

“T-minus 10 days,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, Nina turut berkongsi tanda pagar #Fromkawantokahwin dan #HafizxNina.

 

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikut dan juga rakan selebriti membanjiri ruangan komen berkenaan.

Malah, ramai yang menitipkan doa agar pasangan ini dipermudahkan urusan dan dikurniakan kebahagiaan sekaligus tidak sabar menyaksikan perkahwinan pasangan dua sejoli ini.

 

Terdahulu, Nina seakan memberi bayangan apabila berkongsi foto memakai selempang ‘bride to be’ dan menyambut ‘bachelorette party’ bersama rakan-rakannya dengan hashtag #goodbyesingleNina.

Sekadar info, Nina dan Jovian mengambil keputusan untuk berpisah pada Ogos tahun lalu.

Bagaimanapun, perkahwinan yang terbina 10 tahun lalu itu telah berakhir secara baik dan masing-masing memilih untuk menjadi sahabat buat selamanya demi anak tunggal mereka, Jeannelle Nika Mandagie.

Scroll to Top