Remaja hilang di Sungai Jeram Badoh ditemukan lemas

Remaja hilang di Sungai Jeram Badoh ditemukan lemas

am@hmetro.com.my

Segamat: Remaja lelaki yang dihanyutkan arus deras ketika mandi bersama rakannya di Sungai Jeram Badoh, Kampung Mensudut Lama, Batu Anam di sini, Jumaat lalu, ditemukan lemas.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, mayat Muhammad Idham Abd Kadir, 14, ditemukan selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada hari ketiga disambung kira-kira 7 pagi tadi.

“Pada 12.05 tengah hari, pasukan SAR menemukan mayat remaja itu yang berpakaian seluar trek gelap tanpa baju dalam keadaan tersangkut pada akar kayu di dalam sungai kira-kira 450 meter dari lokasi terakhir mangsa dilihat.

“Waris mangsa di lokasi kejadian membuat pengecaman identiti dan mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik, Hospital Daerah Segamat untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui di Pusat Kawalan Tempat Kejadian di sini, hari ini.

Kelmarin, Ahmad Zamry dalam kenyataannya mengesahkan menerima makluman mengenai kejadian remaja itu yang hilang di Sungai Jeram Badoh pada 4.20 petang.

Kali terakhir mangsa dilihat mandi di sungai itu bersama 19 rakannya sebelum dihanyutkan arus deras sungai.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top