Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) dengan gelaran ‘Datuk’ yang diberikan kepada CEO GISBH, Nasiruddin Mohd. Ali telah ditarik semula Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam berkuat kuasa hari ini serta-merta.
Menurut laporan Kosmo, penarikan balik darjah itu dibuat setelah Mohd. Ali menerima nasihat daripada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dan perkara ini dikatakan sendiri Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Azhar Arshad.
Ketua Menteri Melaka telah menasihatkan Tuan Yang Terutama untuk menarik balik Darjah Pangkuan Seri Melaka yang diberikan kepada Nasiruddin Mohd. Ali pada 25 Ogos 2024. Penarikan ini berkuat kuasa serta-merta.
CEO GISBH Dikeluarkan Dari Senarai Kehormat

Menurut Datuk Azhar, nama Nasiruddin Mohd. Ali juga telah dikeluarkan daripada Senarai Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang, dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka bagi tahun 2024.
Penarikan ini adalah selaras dengan kuasa prerogatif TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka berdasarkan Perkara 34B, Bahagian IV, Perlembagaan Negeri Melaka.
Bukan tu jer, Nasiruddin juga tidak lagi dibenarkan menggunakan gelaran ‘Datuk’ dan diarahkan untuk memulangkan darjah kebesaran tersebut kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka di Kompleks Seri Negeri.
Arahan Pemulangan Darjah Kebesaran

Penarikan ini mencetuskan pelbagai spekulasi dan tiada butiran lanjut diberikan mengenai sebab-sebab khusus di sebalik tindakan tersebut.
Nasiruddin Mohd. Ali tidak dibenarkan menggunapakai gelaran tersebut dan beliau dikehendaki memulangkan semula darjah kebesaran tersebut kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.
#OhmediaNasihat
Penghormatan seperti gelaran kebesaran adalah satu pengiktirafan besar dan harus dijaga dengan penuh tanggungjawab.
Keputusan seperti ini mengingatkan kita untuk sentiasa menghormati amanah yang diberikan dan menjaga nama baik yang telah diiktiraf. Ingatlah, kepercayaan adalah aset yang paling berharga dan sukar untuk diperoleh kembali jika hilang.





