Anuar Zain Kecewa Lagu ‘Belakang Tabir’ Gagal Mara Ke Final AJL39 – “Lagu Tu One Of The Best Ballad Song Untuk Tahun Ni”

Anuar Zain Kecewa Lagu ‘Belakang Tabir’ Gagal Mara Ke Final AJL39 – “Lagu Tu One Of The Best Ballad Song Untuk Tahun Ni”

Penyanyi popular, Anuar Zain meluahkan rasa kecewa apabila lagu nyanyian Syamel berjudul Belakang Tabir tidak terpilih menjadi antara 10 lagu yang bakal berentap di pentas berprestij, Anugerah Juara Lagu Ke-39 (AJL39).

Meskipun menganggap lagu tersebut dipersembahkan dengan bagus dan menjadi antara lagu bergenre balada yang terbaik, namun pelantun lagu lelaki Ini reda dengan keputusan juri profesional.

“Saya sedih sebab lagu anak saya, Syamel tak dapat masuk final. Lagu Belakang Tabir.

“Menurut saya, lagu tu one of the best lagu balada untuk tahun ni.

“Tapi Syamel dah buat yang terbaik, perform pun dengan bagus… tapi mungkin bukan rezeki dia. Sayang sekali,” ulasnya.

Anuar atau nama penuhnya, Shahrul Anuar Zain, 54, berkata demikian menerusi siarang langsung yang dikongsikan di platform TikTok baru-baru ini.

 

Terdahulu, Ernie Zakri ada meluahkan rasa kecewa apabila lagu suaminya itu tidak berjaya mara ke AJL39.

Menerusi ciapan di laman X, Ernie berkata,  kegagalan itu bagaikan satu kehilangan dalam industri muzik Malaysia.

“Belakang Tabir, dia (Syamel) tulis lagi itu untuk saya. Sayang, kita kehilangan satu lagu yang bagus.

“Saya bukan nak jadi ‘bias’, hanya menyatakan fakta,” ciapnya.

Bagaimanapun menerusi hantaran di Instagram, dia menitipkan sokongan dan berbangga dengan suaminya atas dedikasi yang diberikan sepanjang bergelar anak seni.

Untuk info, sebanyak 10 buah lagu berjaya berentap di pentas AJL39, antaranya, Aura (Ernie Zakri), Puas Sudah (Aina Abdul), Bukan Lagi Kita (Nadeera), Hening Rindu (Marsha Milan), Saksama (Akim & The Majistret), Diam (Hael Husaini), Riziko (MK K-Clique, Tuju & Benzoloo), Terus Bersinar (Hafiz Suip), Pujaanku (Masdo ft Aishah Aziz), dan Sengaja (Amir Masdi).

Scroll to Top