Petua miliki kulit idaman

Petua miliki kulit idaman

Memiliki kulit sihat dan segar sememangnya menjadi impian setiap wanita.

Paling penting kekal positif, amalkan gaya hidup sihat dan lupakan stres yang sesekali dihadapi.

Berikut dikongsikan beberapa petua lain yang sesuai untuk wanita amalkan supaya kulit kekal sihat dan cantik.

1. Krim tabir suria

Sebelum melangkah keluar rumah, oleskan wajah anda dengan krim tabir suria bagi melindungi wajah anda daripada ‘terbakar.’

2. Diet yang sihat

Diet yang sihat dan seimbang antara amalan terbaik untuk menjaga kesihatan kulit.

Apabila keperluan badan dilengkapkan dengan pemakanan sihat, secara tidak langsung kulit anda juga tampil sihat dan segar.

3. Cuci wajah

Wajah yang tidak bersih boleh mengundang jerawat dan timbulnya penuaan pramatang. Bersihkan wajah sebelum tidur.

Amalkan penggunaan penyegar (toner) disusuli krim pelembap bagi membekalkan kelembapan pada wajah.

Sebelum bersenam juga, seeloknya bersihkan terlebih dahulu wajah anda kerana apabila berpeluh, ia boleh menyebabkan bakteria terkumpul.

4. Dapatkan produk sesuai dengan kulit

Ada produk yang membantu meningkatkan kecantikan kulit iaitu losyen, pelembap, penyegar, cecair penanggal solekan dan bahan sental wajah.

Bagi kulit kering, gunakan produk yang tertera ‘untuk kulit kering’ atau ‘untuk kulit sensitif.’

Ketelitian dan kepekaan anda penting dalam mengenal pasti produk sesuai untuk kulit anda.

5. Vitamin C

Pilih produk penjagaan kulit yang mengandungi vitamin C.

Ini kerana bahan antioksidan yang sangat mujarab itu membantu memberi perlindungan kepada kulit anda dari faktor alam sekitar yang memudaratkan dan menggalakkan pengeluaran kolagen.

6. Tabiat buruk

Tabiat buruk yang perlu dihentikan seperti merokok, minum alkohol dan pengambilan terlalu banyak kafein kerana ia boleh menjejaskan kelembapan kulit anda.

Keadaan itu boleh menyebabkan kulit anda kendur dan berkedut. Jadi buang tabiat buruk ini atau hadkan ke tahap minimum demi kesihatan dan kecantikan kulit anda.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top