am@hmetro.com.my
Kuala Terengganu: Hulu Terengganu, Marang dan Setiu menjadi daerah terbaru terjejas akibat banjir di negeri ini, setakat 10 malam ini.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Hulu Terengganu, iaitu di Balai Raya Kampung Kemat, Balai Raya Kampung Cheting, dan Balai Raya Kampung Bukit Kolam.
Katanya, di Marang satu PPS dibuka di Dewan Sivik Wakaf Tapai, manakala di Setiu satu PPS dibuka di Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langkap.
“Di daerah Kemaman, tiga PPS dibuka di Balai Raya Meraga Beris, Dewan Orang Ramai Kampung Labohan dan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kemasik.
“Hingga kini empat daerah di negeri ini dilanda banjir membabitkan pembukaan lapan PPS yang keseluruhannya menempatkan 212 mangsa daripada 54 keluarga,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




