Pelakon jelita, Emma Maembong mengaku hubungannya bersama bekas suami iaitu Shazli Azhar masih baik selepas mengumumkan perceraian mereka pada 7 Oktober lalu.
Kata Emma ketika ditemui XTRA, dia tetap dengan pendirian enggan mendedahkan perihal rumah tangganya kepada umum sekaligus mengumumkan bahawa punca perceraian yang berlaku bukanlah disebabkan wujudnya pihak ketiga.
“Sebenarnya tak nak share pun… tapi disebabkan ada menimbulkan fitnah jadi kami bincang untuk maklumkan.
“Tiada orang ketiga, semuanya tiada. Kami berpisah secara baik dan kami tidak bergaduh. Keluarga pun tidak tahu,” katanya.
Emma berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis Malam Gala filem Jangan Pandang Belakang 2 di Starling Mall, Petaling Jaya pada Selasa.
Meskipun mahu fokus membesarkan anak-anaknya, Emma atau nama penuhnya, Fatimah Rohani Ismail berkata, dia tidak serik untuk berkahwin dan tidak pernah menolak jodoh meskipun kehidupannya kini adalah untuk anak-anak dan kariernya.
“Kehidupan sekarang saya hanya mahu fokus kepada anak-anak dan kerja. Tak ada masa nak fikir pasal hal lain.
“Nak tengok TikTok pun saya tak ada masa melainkan berkenaan diri saya. Yang lain saya skip demi kesihatan mental.
“Dalam dunia ni tak semua orang akan suka kita. Saya fikir tak ada guna nak cakap lebih-lebih. Sudah tentu bagi yang berkahwin, kita mahu ‘happy ending’ tak ada siapa yang nak bergaduh.
“Jadi, kita reda sebab kalau kita percaya jodoh di tangan Allah, kita tak payah risau… Kita hanya berdoa saja.
“Soal berkahwin, tak kan lah serik. Kehidupan memang begitu. Kalau ada jodoh, ada. Kenapa Allah kurniakan saya anak lelaki? Mana tahu itu hero saya sampai ke tua? Jadi, saya tiada masalah dengan itu,” jelasnya.
Terdahulu, pada 7 Oktober lalu, Emma Maembong mengesahkan rumah tangga yang dibina selama empat tahun bersama suaminya yang juga seorang juruterbang telahpun berakhir.
Bahkan, Emma memaklumkan dia sudah tamat tempoh iddah, namun enggan berkongsi lebih lanjut mengenai butiran perceraian mereka.
ARTIKEL BERKAITAN:Rumah Tangga 4 Tahun Terlerai, Emma Maembong Sah Bercerai… Selesai Jalani Tempoh Idah
ARTIKEL BERKAITAN:“Muka Basah, Mengilai…” – Peminat Lelaki Hantar Mantera Sihir, 4 Tahun Emma Maembong Lalui Peristiwa Mistik
ARTIKEL BERKAITAN:Nama Terkait Isu Ruhainies, Aliff Aziz & Bella Astillah… Emma Maembong Akui Khilaf, Nafi Back-Up Mana-Mana Pihak




