am@hmetro.com.my
Kota Bharu: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beris Panchor di Bachok menjadi pusat pemindahan sementara (PPS) pertama dibuka di Kelantan bagi menempatkan 30 mangsa daripada 10 keluarga.
PPS itu mula dibuka pada 6 petang tadi, selepas rumah mangsa dari Kampung Budi dan Perumahan Lembah Budi dinaiki air susulan hujan berterusan sejak semalam
Operasi pemindahan mangsa bermula 4.30 petang.
Sementara itu, portal infobanjir.water.gov.my menunjukkan tiga sungai sudah melepasi paras amaran setakat 6 petang iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang, Sungai Melor di Jambatan Melor, Bachok dan Sungai Semerak di Pasir Puteh.
© New Straits Times Press (M) Bhd




