Anak Terkejut, Kain Kafan Arwah Ibu Masih Terpelihara Selepas 12 Tahun Dikebumikan | Oh! Media

Anak Terkejut, Kain Kafan Arwah Ibu Masih Terpelihara Selepas 12 Tahun Dikebumikan | Oh! Media

Lima jenazah, termasuk tiga yang masih berkain kafan terpaksa dipindahkan dan dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, Kuala Nerus.

Langkah ini diambil susulan kejadian hakisan tanah dan runtuhan kubur yang berlaku akibat ombak kuat yang melanda kawasan tersebut pada Sabtu.

Waris terkejut lihat kain kafan arwah ibu masih utuh

Kredit foto: Mohd Ridzuan Razali

Memetik laporan daripada Sinar Harian, seorang waris bernama Siti Idayu Mohd Ali meluahkan rasa terkejut apabila mendapati kain kafan yang membaluti jenazah ibunya masih utuh (hampir sempurna) dan tidak terjejas, meskipun sudah 12 tahun dikebumikan.

Arwah mak meninggal pada tahun 2012. Saya dimaklumkan tentang perkara itu selepas melihat status WhatsApp dan Facebook penduduk kampung.

Jadi dalam jam 8.30 pagi tadi saya datang melihat kubur arwah ibu. Alhamdulillah…kain kafan arwah ibu masih baik dan tak hancur.-Katanya

Penduduk bimbang hakisan tanah semakin memburuk

Kredit foto: Sinar Harian

Dalam pada masa yang sama, seorang lagi waris, Nursyuhada Alias berkongsi sejak beberapa tahun kebelakangan ini ancaman hakisan tanah perkuburan di situ semakin memburuk. Beliau juga mengakui kubur arwah neneknya juga mempunyai risiko untuk runtuh akibat hakisan tersebut.

Jadi kami sekeluarga berharap agar pihak berkuasa mengambil satu langkah bagi menangani isu ini supaya tidak berlaku lagi insiden yang sama.-Katanya

Kredit foto: Mohd Ridzuan Razali

Hasil tinjauan menunjukkan usaha mengesan rangka jenazah untuk dipindahkan ke tanah perkuburan lain yang lebih selamat daripada ancaman hakisan sedang dilaksanakan dengan aktif.

Disamping itu, Mufti Terengganu, Datuk Mohamad Sabri Harun, memaklumkan bahawa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) telah mendapat kelulusan untuk segera menggali dan memindahkan kubur-kubur yang berisiko dihanyutkan oleh ombak.


Scroll to Top