Brasilia: Seramai 23 individu maut selepas bas dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung ketika melalui kawasan gunung terpencil di Alagoas, Brazil, pada Ahad, lapor pihak berkuasa wilayah.
Perkhidmatan menyelamat mengesahkan bahawa 22 mangsa maut di tempat kejadian.
Seorang lagi wanita hamil meninggal dunia selepas dibawa ke hospital, kata kerajaan negeri Alagoas dalam satu kenyataan.
Media Brazil melaporkan puluhan mangsa cedera.
Difahamkan, bas itu membawa 40 penumpang.
Kemalangan itu berlaku berhampiran bandar Uniao dos Palmares.
Gabenor Paulo Dantas mengisytiharkan di platform media sosial X tiga hari berkabung susulan tragedi berkenaan.
Bas itu keluar dari jalan di kawasan yang sukar untuk dilalui, di kawasan pergunungan yang dipanggil Serra da Barriga.
Dalam pada itu, Hospital Mata serantau enggan memberikan maklumat kepada AFP mengenai jumlah kematian dan cedera yang diterimanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




