Zhafvlog Cerita Pengalaman ‘Dikutip’, Dedah Review Filem Paling Sampah! | Oh! Podcast Ep1 | Oh! Media

Zhafvlog Cerita Pengalaman ‘Dikutip’, Dedah Review Filem Paling Sampah! | Oh! Podcast Ep1 | Oh! Media

Atas permintaan ramai untuk Oh! Media turut sama untuk merancakkan industri pembikinan Podcast di Malaysia, dengan bangganya kami bawakan kepada anda episod pertama dalam segmen terbaru yang kami namakan sebagai Oh! Podcast (cliche kan? Macam dah boleh agak je nama apa. Huhu). Untuk pembukaan ini, kami sangat teruja untuk membawakan kepada anda seorang tetamu istimewa yang pastinya anda kenal, iaitu Zhafvlog, seorang pengulas filem terkenal yang sering menjadi rujukan utama peminat filem tempatan dan antarabangsa di Malaysia.

Dalam episod ini, Zhafvlog bukan sahaja berkongsi pandangan tajamnya mengenai dunia perfileman, tetapi juga menyelami perjalanan hidupnya yang penuh warna-warni. Dari permulaan yang sederhana hingga menjadi antara pengkritik filem paling berpengaruh di negara ini, Zhafvlog membuka cerita tentang cabaran, jatuh bangun, dan realiti sebenar di sebalik dunia industri filem Malaysia yang penuh liku.

Episod ini menjanjikan inspirasi, gelak tawa, dan mungkin beberapa fakta mengejutkan yang anda tak pernah tahu sebelum ini. Jangan lepaskan peluang untuk mendengar kisah menarik dan penuh motivasi ini. Selamat menonton dan enjoice!

Psst! Jangan lupa subscribe Oh! Media di Youtube bersama ratusan-ribu subscriber kami yang lain.

Scroll to Top