Lelaki hilang ketika keluar tangkap ikan ditemukan lemas

Lelaki hilang ketika keluar tangkap ikan ditemukan lemas

am@hmetro.com.my

Kota Belud: Lelaki yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti menangkap ikan di sungai di Kampung Lebak Moyoh di sini, kelmarin, ditemukan lemas tengah malam tadi.

Mangsa, Noordin Punjuh, 51, ditemukan penduduk kampung pada 12.56 tengah malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, mangsa ditemukan pada jarak 200 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Mangsa disahkan meninggal dunia dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada 2.09 pagi ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, mangsa Noordin dikatakan keluar rumah untuk menangkap ikan di sungai di Kampung Lebak Moyoh Kupang, kira-kira 11 pagi kelmarin.

Bagaimanapun, mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah dan kira-kira 8 malam semalam.

Adik mangsa yang melakukan pencarian di sekitar sungai hanya menemukan jala, beg pinggang, telefon bimbit, selipar dan baldi dipercayai milik lelaki itu.

Dalam pada itu, Muhammad Syazwan berkata, selepas pihak berkuasa menerima laporan kehilangan mangsa, operasi SAR digerakkan dengan membabitkan bomba, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan penduduk kampung.

“Selain itu, pencarian di kawasan tebing sungai dan pencarian menggunakan bot dan dibantu Unit Anjing Pengesan (K9) bomba dilakukan dengan jarak keseluruhan lapan kilometer,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top