Rakaman CCTV Tersebar, Petunjuk Baru Mengenai Kematian Liam Payne Ditemui Pihak Berkuasa | Oh! Media

Rakaman CCTV Tersebar, Petunjuk Baru Mengenai Kematian Liam Payne Ditemui Pihak Berkuasa | Oh! Media

Pihak berkuasa akhirnya menemui petunjuk baru mengenai insiden kematian mendiang penyanyi terkenal, Liam Payne yang telah mengejutkan ramai pada 16 Oktober lepas. 

Menurut laporan TMZ, penyanyi itu didakwa cuba untuk membebaskan diri daripada bilik hotelnya sebelum maut akibat terjatuh dari tingkat tiga sebuah hotel di Buenos Aires, Argentina.

Rakaman CCTV tunjuk Liam Payne bersama tiga pekerja hotel 

Terdapat rakaman litar tertutup CCTV yang menunjukkan Liam sedang dibawa tiga orang pekerja hotel itu masuk ke dalam biliknya sebelum ditinggalkan sendirian.

Sewaktu itu, penyanyi itu dikatakan tidak mahu masuk ke dalam biliknya dan bergelut dengan pekerja hotel itu sebelum dikunci daripada luar.

Liam ugut untuk keluar ikut balkoni

Bukan tu jer, Liam juga dikatakan berkeras sampai cuba mengugut untuk melepaskan dirinya ikut balkoni tapi pekerja itu langsung tidak menghiraukannya. Mereka didakwa siap bawa keluar cermin kaca dalam bilik itu sebab takut dipecahkan Liam.

Pekerja hotel itu menghubungi talian kecemasan beberapa minit kemudian kerana bimbang akan penyanyi itu menyakiti dirinya sendiri.

“Saya tak tahu sama ada dia dalam bahaya atau tidak. Dia dalam bilik yang ada balkoni dan kami takut sebarang kemungkinan berlaku.

Punca sebenar belum disahkan lagi

Walau bagaimanapun, punca sebenar kematian Liam Payne masih belum disahkan lagi tapi pihak polis beranggapan yang ianya ada kaitan dengan minuman alkohol dan dadah.

Untuk info, penyanyi itu telah disemadikan di sebuah tanah perkuburan di Amersham, Buckinghamshire dekat London pada 20 November lepas.


Scroll to Top