China Akan Menganjurkan Tahun Baru Cina Di Malaysia | Oh! Media

China Akan Menganjurkan Tahun Baru Cina Di Malaysia | Oh! Media

Buat pertama kalinya Negara China akan mengadakan sambutan Tahun Baru Cina luar dari negara mereka dan memilih Malaysia sebagai tuan rumah.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Kebudayaan dan Pelancongan China, Sun Yeli di Shanghai.

Persiapan sambutan sedang dijalankan

Cina

Menurut King Sing, persiapan kini giat dijalankan dan pihak China pula telah mula memuktamadkan senarai penghibur yang akan mengambil bahagian dan menggesa Malaysia untuk memberikan sokongan dan memaksimumkan kempen promosi.

Selain itu, King Sing juga ingin mencadangkan kerjasama yang lebih mendalam antara dua negara ini.

Kerjasama lebih mendalam antara Malaysia dan China

Cina

Melangkah ke hadapan, kita boleh meneroka kerjasama yang lebih mendalam termasuk platform pertukaran budaya untuk pelajar dan mengalu-alukan pelaburan China dengan tujuan meningkatkan tarikan destinasi Malaysia.

Dengan mengambil inspirasi daripada kemajuan budaya China, Malaysia berhasrat untuk mencapai kejayaan yang lebih besar di masa akan datang.

Kesimpulannya, kerjasama antara dua negara ini penting supaya Malaysia dapat menjadi lebih maju pada masa hadapan.


Scroll to Top