Pelakon terkenal, Fattah Amin, yang kini berada di Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya, menitipkan doa khas buat mangsa banjir di Malaysia.
Menerusi satu hantaran di InstaStory, Fattah, atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin, memuat naik foto statistik terkini mangsa banjir dari lima negeri dan menulis:
Allahumma shayyiban hanniyya wa sayyiban nafi’a. Wahai Tuhanku, jadikan hujan terpuji kesudahannya dan menjadi aliran air yang bermanfaat.- Doanya.
Doa ikhlas Fattah Amin buat mangsa banjir

Fattah, 34, turut memohon doa daripada orang ramai agar urusan umrahnya bersama keluarga dipermudahkan.
Hantaran terbaru pelakon itu menerima pelbagai komen daripada pengikutnya yang meminta agar didoakan kesejahteraan mereka, khususnya mangsa banjir.
Jumlah mangsa banjir meningkat
Setakat ini, angka mangsa banjir telah meningkat kepada 73,000 orang di tujuh negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Perak, dan Selangor. Situasi ini membuktikan perlunya sokongan dan doa daripada semua pihak.
#OhmediaNasihat
Doa adalah senjata bagi orang yang beriman, terutama dalam menghadapi bencana seperti banjir ini. Sama-sama kita mendoakan keselamatan dan kesejahteraan mangsa banjir, selain membantu sedaya mungkin melalui sumbangan dan sokongan moral.




