Kraftangan Malaysia anjur Pertandingan Permainan Rakyat

Kraftangan Malaysia anjur Pertandingan Permainan Rakyat

saufi@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Bagi mengembalikan memori permainan tradisional, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) menganjurkan ‘Pertandingan Permainan Rakyat’ hari ini.

Sebanyak 10 permainan rakyat diadakan untuk peserta pertandingan berkenaan antaranya congkak, dam aji, tapak gajah dan beberapa permainan lain.

Pertandingan itu dianjurkan sepanjang Festival Kraf Pesona Tekstil 2024 yang sudah bermula sejak 28 November hingga 8 Disember ini.

Hadir sama ketika pertandingan permainan tradisional itu adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Datuk ‘Ainu Sham Ramli.

Penganjuran Festival Kraf Pesona Tekstil ini adalah sempena Sambutan Hari Batik Malaysia yang diadakan pada 3 Disember setiap tahun.

Festival ini membabitkan jualan daripada 126 orang usahawan kraf daripada seluruh egara khususnya produk kraf tekstil seperti batik, songket, sulaman, tekatan dan jahitan.

Pengunjung festival berkenaan boleh melakukan pelbagai aktiviti pengisian antaranya aktiviti ‘Zumbatik’ pada 1 hingga 7 Disember, Pertandingan Mereka Corak Batik (5 Disember), Reka Gubak Kek Batik (2 hingga 3 Disember) dan pelbagai aktiviti lain.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top