Pempengaruh terkenal, Khairul Aming, kini berada di Kelantan dengan misi bantuan banjir kepada mereka yang terjejas.
Menerusi beberapa perkongsian di Instagram Story, usahawan ini dan sukarelawan lain dilihat menyediakan makanan dan keperluan asas untuk diagihkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berdekatan.
Misi bantuan banjir di Kelantan
Sudah tentu, Khairul Aming menerima persoalan daripada orang ramai mengenai tabung derma untuk membantu dari segi kewangan.
Khairul Aming tak buka tabung derma, Pinn Yang beri sumbangan besar
Namun, usahawan ini menjelaskan dia tidak membuka tabung derma kerana ianya memerlukan permit khas untuk proses kutipan mengikut undang-undang.

Tambahan pula, Khairul Aming mengakui dia risau tidak dapat menguruskan amanah dengan baik kerana banyak hal perlu diutamakan ketika waktu genting.
Walaupun tidak membuka tabung derma, Khairul Aming menawarkan alternatif dengan menerima barangan bantuan daripada mana-mana pihak untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

Beliau akan menyediakan beberapa lokasi untuk menerima barangan tersebut bagi memastikan misi bantuan berjalan lancar.
Khairul Aming turut berkongsi bahawa pempengaruh, Pinn Yang, telah memberikan sumbangan kewangan yang besar untuk misi bantuan banjir, khususnya di kawasan Pantai Timur yang terjejas.
#OhmediaNasihat
Usaha murni yang ditunjukkan pempengaruh Khairul Aming wajar dijadikan sebagai inspirasi. Kami kagum melihat ramai sukarelawan turun padang membantu mangsa-mangsa yang memerlukan bantuan. #prayforpantaitimur





