Pelakon dan bekas model terkenal, Zahnita Wilson, hari ini memfailkan cerai terhadap suaminya, Abdul Zackery Ghouse, di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan.
Lapor Kosmo!, Zahnita membuat keputusan itu selepas tidak lagi mampu bertahan menjadi mangsa keganasan rumah tangga sejak beberapa bulan lalu.
BACA: Suami Ditahan Pihak Polis Selepas Zahnita Wilson Kongsi Gambar Lebam Dipukul
Terdahulu, selebriti ini mengejutkan orang ramai apabila memuat naik foto mata lebam di media sosial. Perkongsian tersebut merungkai rahsia yang selama ini disimpan Zahnita.
Zahnita nekad cerai lepas 20 tahun bersama

Menurut Zahnita, kekuatan untuk mengambil langkah besar (penceraian) datang daripada Allah SWT dan sokongan penuh ibunya.
Emosi saya juga ketika ini tidak begitu stabil dengan semua ujian ini. Alhamdulillah Allah beri kekuatan itu.
Dia juga bersyukur apabila dimaklumkan suaminya telah ditahan pihak berkuasa. Kini, Zahnita boleh bergerak ke mana sahaja tanpa rasa takut.
Berhenti karier seni, jadi isteri sempurna

Dia menjelaskan, insiden dipukul bukan kerana mahu keluar dari rumah tetapi disebabkan soalan yang tidak disenangi oleh suaminya.
Saya sudah lama bertahan, berhenti daripada karier seni dan menjadi isteri yang sempurna sebelum ini.
Namun, Zahnita tidak dapat berkongsi butiran penuh kerana kes masih dalam siasatan pihak polis.




