Data MyKad 17 Juta Rakyat Malaysia Didakwa Bocor, Ancaman Kepada Kecurian Identiti! | Oh! Media

Data MyKad 17 Juta Rakyat Malaysia Didakwa Bocor, Ancaman Kepada Kecurian Identiti! | Oh! Media

Kejadian kebocoran data berskala besar sekali lagi menggemparkan rakyat Malaysia. Dilaporkan seramai 17 juta data kad pengenalan (MyKad) rakyat Malaysia didakwa telah bocor dan kini dijual di laman web gelap.

Perkara itu didedahkan di platform X menerusi Fusion Intelligence Center (@ StealthMole).

Didakwa bahawa data 17 juta MyKad warga Malaysia telah dibocorkan dan sedang dijual di web gelap.

MyKad dikongsi secara terbuka

Gambar Hiasan

Terdapat buktikan menunjukkan mereka telah kongsikan sampel kad pengenalan Malaysia secara terbuka.

Perkara ini menimbulkan kebimbangan besar kerana data yang bocor boleh digunakan bagi kegiatan jenayah seperti kecurian identiti dan penipuan kewangan. Maklumat yang dibocorkan merangkumi butiran peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, dan alamat.

Oleh yang demikian, Rakyat disarankan berhati-hati terhadap sebarang aktiviti mencurigakan dalam akaun bank atau perkhidmatan lain yang mereka gunakan.

#OhmediaNasihat

Harap korang semua lebih peka dan berwaspada terhadap aktiviti mencurigakan dalam akaun peribadi. Sekiranya korang rasa maklumat sudah terjejas, laporkan kepada pihak berkuasa dengan segera.


Scroll to Top